Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM
Showing posts with label MPP UKM. Show all posts
Showing posts with label MPP UKM. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

Profil Majlis Pemimpin Kampus Kuala Lumpur


SLOGAN

’MASALAH ANDA MASALAH KAMI’



MATLAMAT

UNTUK MENJADI SATU ORGANISASI YANG EFISIEN, BERETIKA & SISTEMATIK YANG :

·         SELARI DENGAN FALSAFAH, ASPIRASI, MISI DAN VISI UKM
·         MENJANA MAHASISWA BERJIWA GLOKAL
·         MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
·         MERINTIS PEMBENTUKAN MASYARAKAT YANG BERKEPERIBADIAN NASIONAL


DASAR
MAJLIS PEMIMPIN MAHASISWA UKM KL

  1. MEMASTIKAN SUARA MAHASISWA/I DIBERI PERHATIAN DEMI MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN DAN MENCARI PENYELESAIAN PERMASALAHAN MAHASISWA/I.
  2. MEMPERKUKUHKAN KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN MAHASISWA/I MELALUI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL.
  3. MEMPERKUKUHKAN NILAI-NILAI KEROHANIAN DAN MENINGKATKAN KESEDARAN SIVIK DI KALANGAN MAHASISWA/I DEMI MENEPIS SEBARANG BENTUK CABARAN DI ERA GLOBALISASI.
  4. MENINGKATKAN PENGHAYATAN BUDAYA ILMU DEMI MEMBENTUK PROFESIONALISME DAN MELAHIRKAN MAHASISWA/I YANG BERKETRAMPILAN SERTA BERANI MELANGKAH SELARI DENGAN ARUS GLOBALISASI.
  5. MEMBAWA CITRA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE PERSADA ANTARABANGSA

Perutusan Pertama Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007/2008


PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2007/2008


PERUTUSAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KAMPUS KUALA LUMPUR.

Assalammualaikum w.b.t dan salam perpaduan.....

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita telah menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan al-mubarak. Semoga segala amal ibadat kita diberkati Allah S.W.T. Insyaallah.

Sekalung tahniah  diucapkan kepada mahasiswa yang telah bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dan hak mereka pada pilihanraya kampus yang bertujuan memilih wakil mahasiswa untuk meperjuangkan isu-isu kebajikan dan permasalahan mahasiswa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada mahasiswa yang beragama islam. Sesungguhnya hari raya adalah anugerah di atas kemenangan kita setelah berjuang menghadapi dugaan nafsu semasa menempuhi ibadah puasa. Semoga Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini memberi seribu makna kepada kita. Dikesempatan ini, saya bagi pihak PMUKM KL memohon ampun dan maaf andai tersalah kata tersilap bicara.

Saya menyeru kepada mahasiswa/I agar menyuarakan masalah mereka dengan menggunakan saluran yang betul demi kesejahteraan bersama. Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar sentiasa sedia mendengar masalah anda dan akan cuba sedaya upaya  untuk menyelesaikan masalah anda.


Yang Benar,



Mohd Farid Bin Mohd Taufik,
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Friday, September 23, 2016

Hala Tuju Gelanggang Skuasy Kolej Tun Syed Nasir UKM-Cadangan Naik Taraf



2.      CADANGAN MENAIK TARAF:

2.1.Siling

Didapati siling di gelanggang skuasy telah berlubang serta tidak selamat terhadap pengguna gelanggang skuasy ini.
    
2.2.Lantai

Di dapati lantai juga berlubang-lubang, reput serta di tumbuhi kulat. Hal ini menyebabakan gelanggang skuasy ini tidak selamat di gunakan kerana ianya akan mengundang kecederaan kepada pengguna. Di cadangkan supaya memperbaiki serta menukar lantai gelanggang skuasy dengan lantai yang lebih berkualiti tinggi serta tahan lasak dan selamat di gunakan.
                     

2.3.Dinding
           
Keadaan dinding di gelanggang skuasy Kampus Kuala Lumpur amat menyedihkan. Dimana, cat pada dinding ini mula tertanggal serta di tumbuhi oleh kulat. Hal ini menyebabkan gelanggang skuasy kelihatan sangat kusam dan mencacatkan permandangan di gelanggang skuasy Kampus Kuala Lumpur.
                       

2.4.Kipas pengudaraan
           
Penggaliran udara di gelanggang skuasy perlu baik untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Selain itu, ia dapat membantu mengelakkan bau hapak seterusnya mengelakkan pembiakan bakteria dan juga kulat. Di dapati kipas ini tidak berfungsi dengan baik.
                     
2.5.Tempat duduk penonton

Terdapat tempat duduk bagi penonton yang terletak di bahagian atas gelanggang skuasy Kampus Kuala Lumpur ini. Tempat duduk ini sangat terhad memandangkan ruang yang terdapat di situ sangat kecil dan sempit. Di cadangkan meluaskan lagi tempat duduk penonton agar sukan skuasy ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang.

2.6.Penghawa dingin

Gelanggang skuasy Kampus Kuala Lumpur mempunyai dua buah kipas dinding yang uzur. Di sini, terdapat cadangan untuk menambah penghawa dingin dalam kerja-kerja menaiktaraf gelanggang skuasy. Ini adalah supaya pelajar-pelajar yang menggunakan kemudahan gelanggang skuasy dapat menggunakannya dengan lebih selesa.