Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Kertas Kerja Cadangan Kampus Zon Maxis


KERTAS KERJA CADANGAN

PERMOHONAN
PERKHIDMATAN
ZON KAMPUS MAXIS




UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(KAMPUS KUALA LUMPUR)
DAN
KOLEJ TUN SYED NASIR 1





UNIT KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2007/2008

1.0    PENDAHULUAN
         
Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur adalah ditubuhkan sejak tahun 1992 dan merupakan salah satu kampus luar selain kampus induk di Bangi. Kampus Kuala Lumpur (KKL) terdiri daripada tiga fakulti iaitu, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Jumlah mahasiswa/i, pensyarah, kakitangan dan pegawai kesihatan seramai 9000 orang. Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu atau lebih dikenali dengan singkatan FSKB yang ditubuhkan pada 1 September 1992 merupakan satu-satunya fakulti di negara ini yang menawarkan program-program Sains Kesihatan secara komprehensif.

Kepelbagaian dan kedinamikan fakulti ini digambarkan oleh warga FSKB dan program yang ditawarkannya. Pada awal penubuhannya hanya terdapat empat program pengajian iaitu Sains Bioperubatan, Optometri, Dietetik dan Sains Pemakanan. Kemudian, pada sesi 1995/96 tiga buah program iaitu Farmasi, Audiologi dan Sains Pertuturan ditawarkan. Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi pula dimulakan pada sesi 2000/2001. Pada sesi 2003/2004 dua program baru lain diperkenalkan iaitu Fisioterapi dan Kesihatan Persekitaran. Manakala program Terapi Carakerja diperkenalkan mulai sesi 2004/2005. Pada sesi 2006/2007 pula, program Sains Forensik dimulakan. Satu lagi program yang diperkenalkan pada sesi 2007/2008 adalah Program Sains Perubatan Kecemasan. Sehingga kini, 12 buah program di peringkat prasiswazah ditawarkan oleh fakulti. Selain itu fakulti juga menawarkan 2 program di peringkat Diploma Siswazah, 5 Program Prasiswazah Eksekutif, 15 Program Sarjana dan 6 Program Doktor Falsafah.

Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia adalah fakulti yang ke-17 ditubuhkan pada 26 hb Jun 1996. Kursus Ijazah Doktor Pergigian telah dimulakan pada sesi 1997/1998 dengan pengambilan pelajar tahun pertama seramai 24 orang yang telah mendaftar pada 25 Mei dan memulakan kursus pada 26 hb Mei 1997. Mulai sesi 1998/1999 pengambilan pelajar tahun satu ditambah kepada 48 orang dan pada sesi 2001/2002 kepada 96 orang. Pengambilan ini telah dikurangkan semula kepada 65 orang mulai sesi 2004/2005 hingga sekarang.

Kolej Tun Syed Nasir merupakan salah satu kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia merupakan kolej kediaman yang terletak di Jalan Temerloh, Kuala Lumpur dan terdiri daripada 15 buah blok bangunan yang menyediakan tidak kurang 700 bilik untuk 1500 penghuni.

Oleh sebab mahasiswa/i melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur, kos pelajaran memang lebih tinggi berbanding di tempat lain. Memandangkan kos pembelanjaan di Kuala Lumpur semakin meningkat dan juga kos pelajaran, mahasiswa/i terpaksa mencuba mengurangkan pembelanjaan supaya kos itu tidak menjadi satu beban mahasiswa/i. Kos komunikasi merupakan salah satu pembelanjaan yang dihadapi oleh mahasiswa/i di sini. Hal ini kerana mahasiswa/i sentiasa menggunakan telefon bimbit untuk membincangkan perkara akademik terutamanya mahasiswa/i lelaki dan perempuan yang tinggal di blok kediaman yang berlainan. Menurut satu kajian yang dibuat di kalangan mahasiswa/i, Maxis telah dicatatkan menjadi pilihan utama di kalangan mahasiswa/i. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan kos komunikasi mahasiswa/i adalah disalurkan kepada pihak Maxis.

Maka, kami amat berharap pihak Maxis dapat menjadikan Kampus Kuala Lumpur salah satu kawasan perkhidmatan Zon Kampus. Sumbangan pihak Maxis adalah amat diperlukan oleh mahasiswa/i di Kampus Kuala Lumpur. Sumbangan ini bukan sahaja dicerminkan pada aspek pendidikan tetapi juga pada interaksi antara mahasiswa/i.
                       
2.0   OBJEKTIF

2.1.Meringankan bebanan kos komunikasi antara mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan penghuni Kolej Tun Syed Nasir 1.
2.2.Memberi perkhidmatan Zon Kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan Kolej Tun Syed  Nasir 1.
2.3.Setarafkan perkhidmatan Zon Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Induk dan Kampus Kuala Lumpur serta Kolej Tun Syed  Nasir 1.
2.4.Memperkukuhkan taraf sistem telekomunikasi serta mempertingkatkan mutu kerja warga Kampus Kuala Lumpur dan Kolej Tun Syed  Nasir 1 yang saban hari terpaksa menggunakan telefon bimbit sebagai urusan harian.

3.0   MATLAMAT

3.1.Memberi taraf  perkhidmatan Zon kampus antara mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan penghuni Kolej Tun Syed Nasir 1 dengan mahasiswa-mahasiswi Kampus Induk.
3.2.Menyediakan kos komunikasi yang lebih ekonomi kepada mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan penghuni Kolej Tun Syed Nasir 1.
3.3.Menggalakkan interaksi antara kaum di kalangan mahasiswa/i UKM KKL dengan penglibatan secara langsung atau tidak langsung dalam perkhidmatan Kampus Zon.
3.4.Mengeratkan hubungan antara mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan penghuni Kolej Tun Syed Nasir 1.

4.0   ANJURAN

Unit Kebajikan Dan Perkhidmatan, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

5.0   SASARAN

5.1 Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.
5.2 Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.
5.3 Penghuni Kolej Tun Syed Nasir 1, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.

6.0   TAPAK PROJEK

6.1 Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.
6.2 Kolej Tun Syed Nasir 1( KTSN 1), Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur

7.0  PETA TAPAK PROJEK
Lampiran A

8.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan bagi pihak berkenaan agar perkhidmatan ini akan mencapai objektif dan matlamatnya. Pihak urusetia juga berharap agar perkhidmatan Kampus Zon Maxis ini dapat memberi kebaikan antara dua pihak seterusnya menunjukkan betapa efisyenya Maxis dalam memberi perkhidmatan terunggul serta mengurangkan bebanan warga Kampus Kuala Lumpur serta Kolej Tun Syed  Nasir 1 terutamanya kami, para mahasiswa/i negara.

Pihak urusetia merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam usaha untuk memohon kelulusan program ini. Kami berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Semoga dengan persetujuan serta kelulusan pihak Maxis, program ini dapat dimanfaatkan bersama bagi mendatangkan kebaikan serta keuntungan kepada semua pihak, dalam pelbagai aspek.

Disediakan oleh,




LAM KAI LEONG
Timbalan Pengerusi Akademik,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008




Disemak oleh,



MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/2008




Disokong oleh,



PROF. MADYA DR. KASWANDI BIN MD AMBIA
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment