Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Cadangan Naik Taraf Squasy Kampus Kuala Lumpur-Timbalan Naib Canselor



Rujukan         : UKM3.3.1/pmukm0708/007/sqy(03)
                                                                                                     
Tarikh            : 16 April 2008


Yg. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin
Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Luar Dan Alumni,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.


Melalui,


Prof. Madya Dr. Ruzita Abd Talib
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Yg. Bhg. Dato’,

Cadangan naik taraf SQuasy  KAMPUS KUALA LUMPUR

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) ingin mengusulkan cadangan kepada Pusat Sukan agar mempertimbangkan kertas kerja naik taraf gimnasium di Kampus Kuala Lumpur yang begitu daif keadaannya.

3.Idea ini juga telah diketengahkan oleh pihak PMUKM berikutan keperluan mahasiswa untuk meningkat kecergasan diri untuk menaikkan nama universiti di arena sukan kebangsaan dan antrabangsa. Keadaan dan kelengkapan yang daif menghalang mahasiswa dari menggunakan squasy tersebut untuk mempertingkat potensi diri.

4.Diharap pihak pengurusan universiti dapat mempertimbangkan cadangan ini untuk keselesaan warga Kampus Kuala Lumpur.        

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak Yg. Bhg. Dato’ amat diharapkan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.



Sekian, terima kasih.

Yang benar,


MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK,
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasisawa Universiti Kebangsaan Malaysia.
53200 Jalan Temerloh,

Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment