Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Memohon Membuka Pintu Belakang Kolej Tun Syed Nasir Untuk Ke Perpustakaan Negara-Ketua Pengawal Keselamatan

Rujukan  : UKM3.3.1/pmukm0708/007(05)

Tarikh    :  12 November 2007

Ketua Pengawal Keselamatan,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur,
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur

Melalui,

Prof. Madya Dr. Kaswandi Md. Ambia,
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tuan,

MEMOHON MEMBUKA PINTU BELAKANG KOLEJ TUN SYED NASIR

Merujuk perkara di atas, saya ahli Majlis Perwakilan Pelajar Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia memohon agar pihak tuan membenarkan pembukaan pintu belakang Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) secara berkala untuk memudahkan mahasiswa/I untuk ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

2.Inisiatif ini diambil untuk memberi peluang dan memudahkan mahasiswa/I untuk menjelajahi gedung ilmu dan khazanah ilmu yang ada di Perpustakaan Negara Malaysia tersebut. Diharapkan pagar tersebut boleh dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.

3.Kami memohon agar pihak tuan membenarkan untuk membuka pada masa-masa yang berikut:

8.00 pagi-9.00 pagi
1.00 petang-2.00 petang
5.00 petang-6.00 petang

4.Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak puan dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak puan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

     
      Yang menjalankan tugas,



      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia

s/k :           Pengetua Kolej Tun Syed Nasir 
                  Pengurus Kolej Tun Syed Nasir

                  Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment