Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Laporan Dan Cadangan Kebajikan Dan Perkhidmatan Di Kolej Tun Syed Nasir 6


Rujukan         : UKM3.3.1/pmukm0708/007/k6(01)
                                                                                                     
Tarikh            :  6 Disember 2007

Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Luar Dan Alumni,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui,

Prof. Madya Dr. Kaswandi bin Md. Ambia
Pengetua
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Tuan,

LAPORAN DAN Cadangan KEBAJIKAN DAN perkhidmatan di kolej tun syed nasir 6

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) ingin mengusulkan cadangan kepada Unit Perumahan Pelajar agar memastikan mutu kemudahan dan perkhidmatan di KTSN 6 di bawah pentadbiran Zikay Group dalam keadaan yang baik.

3.Idea ini juga telah diketengahkan oleh pihak PMUKM berikutan aduan-aduan secara bertulis daripada penghuni-penghuni yang mahu hak mereka dibela. Penghuni tidak berpuas hati kerana yuran yang dikenakan tidak setimpal dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak pentadbiran.

4.Diharap pihak pengurusan universiti dapat mempertimbangkan cadangan ini untuk keselesaan dan kesejahteraan penghuni Kolej Tun Syed Nasir 6.

5.Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK,
Timbalan Pengerusi Kebajikan Dan Perkhidmatan,
Persatuan Mahasisawa Universiti Kebangsaan Malaysia.
53200 Jalan Temerloh,

Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment