UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KERTAS
KERJA
BAKTI SISWA DAYA WAWASAN 2008
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
MAHASISWA
PENGGERAK MASYARAKAT GEMILANG
TARIKH
13 – 19 MEI 2008
TEMPAT
KUALA LIPIS DAN KUANTAN, PAHANG
ANJURAN
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I (JAKSA)
KOLEJ TUN SYED NASIR
DENGAN
KERJASAMA
PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
JABATAN KEMAJUAN
MASYARAKAT (KEMAS)
KERTAS KERJA
PROGRAM BAKTI SISWA DAYA WAWASAN
1.0.
PENDAHULUAN
Jawatankuasa
Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) merupakan sebuah badan
pelajar yang menguruskan kegiatan dan kebajikan pelajar-pelajar KTSN yang
terdiri daripada mahasiswa/i Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti
Sains Kesihatan Bersekutu. Sehubungan dengan itu, JAKSA KTSN dengan kerjasama
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Persatuan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia
telah menganjurkan program Bakti Siswa Daya Wawasan sebagai program tahunan.
Bakti Siswa Daya Wawasan merupakan sebuah program
kemasyarakatan yang melibatkan mahasiswa/i dan masyarakat. Program ini
dianjurkan oleh JAKSA KTSN dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia . Program ini disertai oleh
mahasiswa/i gabungan dari ketiga-tiga Fakulti iaitu Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 (PSPTN
2020) yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia
pada 27 Julai 2007. Pelan ini digubal
bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing untuk menyokong
Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk minda kelas pertama. Pelan ini mempunyai 7 strategi teras bagi membawa
pembaharuan dan tranformasi pengajian tinggi Negara sekaligus menyokong Misi
Nasional kea rah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.
Program ini juga
bertepatan dengan teras keempat “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Melangkaui Tahun 2020” bermatlamat untuk meningkatkan kualiti Institut
Pengajian Tinggi (IPT) supaya setanding dengan universiti terbaik dunia. Di
bawah teras ini, langkah-langkah untuk merpekasakan kepimpinan IPT dipergiat.
Pembangunan sumber manusia perlu dipertingkat bagi memperkasakan IPT.
Selaras dengan falsafah, wawasan dan matlamat UKM untuk
mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat serta
melahirkan mahasiswa/i yang berupaya menggabungkan teori dan amal, JAKSA KTSN
merancang untuk menganjurkan program Bakti Siswa Daya Wawasan yang merupakan
landasan bagi mahasiswa/i untuk berkhidmat kepada masyarakat di samping membina
ketrampilan mahasiswa/i yang bakal berkhidmat dalam bidang-bidang kesihatan.
Sesuai dengan konsep mendekati masyarakat, program ini turut
membawa informasi kesihatan demi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk
mengamalkan gaya
hidup sihat.
2.0.
TUJUAN
Tujuan
utama program ini dijalankan ialah untuk memupuk, menyemai dan menyuburkan nilai-nilai
kecemerlangan dalam pemikiran mahasiswa/i demi melahirkan golongan intelek yang
sihat, cemerlang, berkemahiran, berpengalaman, berdedikasi, berketrampilan
serta berani menongkah arus perdana. Ini selari dengan Aspirasi Universiti
Kebangsaan Malaysia
supaya dapat melahirkan mahasiswa yang peka terhadap masyarakat luar dengan
membantu mereka dan meningkatkan kesedaran tentang aspek penjagaan kesihatan
sekaligus mewujudkan masyarakat yang cergas dan sihat seperti iyang dihasratkan
oleh kerajaan.
3.0.
OBJEKTIF
Meningkatkan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat yang merupakan tunjang utama dalam meningkatkan taraf hidup selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berwawasan dan berminda kelas pertama.
Meingkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkangaya hidup sihat serta isu-isu berkaitan
penjagaan kesihatan semasa.
Meningkatkan kemahiran berorganisasi, kepimpinan, komunikasi, keyakinan diri, pengalaman dan jati diri mahasiswa/i seterusnya melahirkan graduan yang dikehendaki oleh pasaran kerja masa kini.
Meningkatkan tahap profesionalisme mahasiswa/i dalam pengendalian perkhidmatan kesihatan selari dengan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari.
Memberi khidmat sosial kepada masyarakat seterusnya meningkatkan sifat kemasyarakatan dan mewujudkan hubungan interaksi sosial yang erat antara mahasiswa/i dengan masyarakat.
Meningkatkan pemahaman masyarakat tentang program-program yang ditawarkan di Universiti KebangsaanMalaysia
seterusnya menjadikan UKM sebagai universiti pilihan utama di kalangan para
pelajar.
Menjadi salah satu saluran untuk menyampaikan dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang agenda-agenda kerajaan agar sampai ke peringkat akar umbi sebagai sokongan kepada medium yang sedia ada.
Meningkatkan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat yang merupakan tunjang utama dalam meningkatkan taraf hidup selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berwawasan dan berminda kelas pertama.
Meingkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan
Meningkatkan kemahiran berorganisasi, kepimpinan, komunikasi, keyakinan diri, pengalaman dan jati diri mahasiswa/i seterusnya melahirkan graduan yang dikehendaki oleh pasaran kerja masa kini.
Meningkatkan tahap profesionalisme mahasiswa/i dalam pengendalian perkhidmatan kesihatan selari dengan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari.
Memberi khidmat sosial kepada masyarakat seterusnya meningkatkan sifat kemasyarakatan dan mewujudkan hubungan interaksi sosial yang erat antara mahasiswa/i dengan masyarakat.
Meningkatkan pemahaman masyarakat tentang program-program yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan
Menjadi salah satu saluran untuk menyampaikan dan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang agenda-agenda kerajaan agar sampai ke peringkat akar umbi sebagai sokongan kepada medium yang sedia ada.
4.0.
MATLAMAT
Menjadi satu wadah pembelajaran tidak formal mahasiswa/i dengan
pengaplikasian kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti kemasyarakatan yang
dijalankan di samping mendekatkan pihak universiti dengan masyarakat luar Ini
seterusnya meningkatkan imej universiti sebagai pusat pengembangan ilmu
terulung Negara.
5.0.
PROGRAM
Bakti
Siswa Daya Wawasan 2008
6.0.
ANJURAN
6.1. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia.
6.2. Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Tun
Syed Nasir sesi 2007/2008, UKM.
6.3. Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia (PMUKM) sesi 2007/2008.
7.0.
TEMA
“Mahasiswa
Penggerak Masyarakat Gemilang”
8.0.
TARIKH
13
– 19 Mei 2008
9.0.
TEMPAT
Program
kemasyarakatan ini akan diadakan di dua buah kampong iaitu di :
9.1. Kuala
Lipis, Pahang.
9.2. Kuantan,
Pahang.
10.0.
SASARAN
10.1.
80 orang mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur.
10.2.
Pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia .
10.3.
Penduduk setempat.
11.0.
ORGANISASI
PELAKSANA
Rujuk
lampiran A
12.0.
TENTATIF
Rujuk
lampiran B
13.0.
PENGISIAN
PROGRAM
Secara amnya, program ini menjadikan isu kesihatan sebagai
terasnya yang utama dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan masyarakat di
samping melatih sifat profesionalisme di kalangan mahasiswa/i menerusi aplikasi
pengendalian klinikal. Program-program berunsurkan kemasyarakatan dan
kebudayaan turut diadakan bagi membentuk interaksi antara mahasiswa/i dengan
masyarakat setempat.
13.1.
PROGRAM ANAK
ANGKAT DAN PENGHAYATAN BUDAYA
Program ini dijalankan adalah untuk membentuk satu jalinan mesra selain
mengeratkan silaturrahim dan mengenali dengan lebih dekat lagi budaya hidup
masyarakat setempat. Mahasiswa/i akan tinggal bersama keluarga angkat
masing-masing sepanjang program Bakti Siswa Daya Wawasan ini berlangsung. Di
samping itu, mahasiswa/i akan berpeluang untuk menyelami kehidupan seharian dan
budaya masyarakat setempat melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti penduduk
kampong seperti menorah getah, berkebun dan lain-lain.
13.2.
PROGRAM
KLINIKAL, CERAMAH DAN PAMERAN
Program ini bermatlamat memberi maklumat kepada penduduk kampung mengenai
pentingnya menjaga kesihatan dan cara-cara untuk menjaga kebersihan dalam
kehidupan seharian di samping memberi khidmat kepada masyarakat. Segala
pengalaman ini akan mendidik mahasiswa/i
untuk lebih berdikari serta menambah keyakinan apabila menghadapi
situasi sebenar di alam pekerjaan kelak. Selain itu, terdapat juga pameran
daripada agensi kerajaan dan swasta untuk memberi informasi terkini tentang
agensi berkenaan. Penduduk kampong juga akan diberi penerangan tentang beberapa
penyakit yang sering dialami oleh masyarakat kampung dan cara-cara merawat dan
mengatasinya.
13.3.
SANTAPAN
ROHANI
Program ini bertujuan memberi sedikit input mengenai dunia Islam pada
zaman ini di samping mengingatkan umat Islam mengenai tanggungjawab
masing-masing dalam memakmurkan Negara dan membantu umat-umat Islam di seluruh
dunia.
13.4.
MOTIVASI DAN
PEMBUDAYAAN ILMU
Program ini bertujuan meningkatkan motivasi pelajar-pelajar sekolah
terutama yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Aktiviti
berkumpulan akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkomunikasi
dengan mahasiswa/i serta bertukar-tukar pendapat. Dalam program ini juga setiap
mahasiswa/i akan diberikan adik angkat untuk memberikan kesan yang lebih
efektif untuk jangka masa panjang. Selain itu, mereka akan didedahkan tentang
prospek pekerjaan mereka pada masa akan datang. Masyarakat kampong juga akan
dididik tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dengan membudayakan
amalan membaca dalam kehidupan seharian.
13.5.
MASYARAKAT
CERGAS DAN SIHAT
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i
dengan masyarakat setempat. Program ini juga bertujuan mewujudkan semangat
kerjasama serta meningkatkan kecergasan fizikal. Ia juga menggalakkan agar kita
sentiasa bersenam atau bersukan untuk jaminan hidup yang sihat. Program ini
juga melibatkan perlawanan persahabatan antara mahasiswa/i UKM KL dengan
masyarakat setempat. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :
·
Senamrobik
·
Futsal/bola tampar
·
Tarik tali
·
Sepak takraw
·
Sukan rakyat
13.6.
PERANCANGAN
EKONOMI DESA
Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat kampung dalam memajukan
ekonomi mereka. Mahasiswa/i akan meninjau kawasan kampung dan memberi cadangan
tentang projek-projek ekonomi yang boleh dimajukan di kampung mereka dan
penambah baikkan kepada projek-projek yang sedia ada seterusnya menjana ekonomi
mereka.
13.7.
PROFIL
KAMPUNG
Program ini bertujuan menyediakan dan mengemaskini profil kampung.
Program ini juga akan mereka bentuk logo, misi dan visi kampung. Mahasiswa/i
juga akan mengutarakan cadangan untuk memperindahkan kampung. Mahasiswa/i juga
akan mengumpul data-data yang diperlukan daripada penduduk kampung dalam
penyediaan profil kampung.
13.8.
KUNJUNGAN KE
RUMAH PENDUDUK MISKIN
Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pihak UKM KL
dan masyarakat kampung. Ia juga diharapkan dapat meringankan beban mereka
melalui sumbangan yang diberikan. Pemeriksaan klinikal juga akan diberikan
kepada penduduk miskin. Dalam perjalanan ke rumah penduduk miskin, mahasiswa/i
UKM KL juga berpeluang untuk melihat pemandangan sekitar kampung di samping
mempelajari serba sedikit tentang kehidupan masyarakat kampung.
13.9.
KEMPEN
ALAM CERIA
Melakukan
kerja sosial seperti membersihkan kawasan sekolah, surau, dan kawasan sekitar
kampung. Ia bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa/i melakukan kerja-kerja
kemasyarakatan dan membantu masyarakat kampung memperindahkan kawasan kampung
selari tuntutan agama yang mementingkan kebersihan dan keceriaan. Program ini
akan dijalankan secara gotong-royong dengan penglibatan mahasiswa/i dan
penduduk kampung dalam suasana muhibbah.
13.10. MASYARAKAT CEMERLANG
Program
ini bertujuan mengasah bakat masyarakat setempat dalam pelbagai bidang. Program ini diharap dapat
menjadi aktiviti tahunan dan sebagai landasan untuk masyarakat setempat
melahirkan lebih ramai generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
13.11. KENDURI KAMPUNG
Program ini menggalakkan mahasiswa/i serta masyarakat kampung bekerjasama
dalam menyediakan makanan kepada penduduk kampung serta mahasiswa/i. Ia juga
dapat mendedahkan kepada mahasiswa/i mengenai cara-cara penduduk kampung
bergotong-royong melakukan pelbagai kerja jika terdapat kenduri.
13.12. SIRIH PULANG KE GAGANG
Membina satu memorial sebagai tanda kenangan bahawa mahasiswa/i pernah
hadir dan menaburkan bakti di kampung tersebut.
13.13. MALAM GEMA BUDAYA
Program ini diadakan sebagai malam penghargaan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan program Bakti Siswa Daya Wawasan. Diharapkan program ini dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta dan masyarakat setempat.
Program ini juga sebagai penghargaan kepada masyarakat setempat di atas
kesudian mereka menjalankan program Bakti Siswa Daya Wawasan.
14.0.
ANGGARAN
BELANJAWAN
Rujuk
Lampiran C
15.0.
ALAMAT
URUSETIA
Sebarang maklumat lanjut, dan urusan surat menyurat sila hubungi :
Urusetia Program Bakti Siswa Daya Wawasan,
Jawatankuasa Siswa/i (JAKSA)
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.
U/P : MUHD
HANIS BINTI MD IDRIS
Tel : 013-9498971
Faks : 03-26911077
Emel : a_nees87@yahoo.com
U/P : MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
Tel : 017-9058786
16.0.
PENUTUP
Diharap program Bakti Siswa Daya Wawasan
ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama dari segi pembangunan
sosial dan kesihatan. Program ini juga diharap dapat membantu mahasiswa/i UKM
KL mempraktikkan ilmu yang dipelajari untuk menghadapi alam pekerjaan kelak.
Justeru, penglibatan, bantuan serta keprihatinan semua pihak terutama dari
pihak KEMAS, Kerajaan Negeri, warga UKM KL dan pihak-pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung amat-amat diharapkan dalam usaha untuk
menjayakan program ini. Segala sumbangan/tajaan, sokongan dan kerjasama yang
diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga segala yang dirancang
mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Yang Esa.
Disediakan oleh :
MUHD HANIS BIN MD IDRIS
Pengarah II,
Bakti Siswa Daya Wawasan 2008,
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/08.
Disemak oleh :
MOHAMAD FIRDAUS BIN ROSLI
Yang Dipertua JAKSA,
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sesi 2007/08.
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia,
Sesi 2007/08.
Disokong oleh :
MOHD ZAID BIN MOHD IDRUS
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia,
Sesi 2007/08.
Disahkan oleh :
CIK NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD
Felo Pemantau,
Biro Pembangunan Sumber Manusia JAKSA,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Diluluskan oleh :
PROF MADYA DR KASWANDI BIN MD AMBIA
Pengetua,
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment