Mohd Farid PMUKM

Mohd Farid PMUKM

Friday, September 23, 2016

Surat Mohon Mesin Fax Untuk Bilik PMUKM

   
Rujukan Kami  :  UKM3.3.1/pmukm0708/007/(14)
Tarikh               :  15 Februari 2008
               
      Cik Farhana Md. Isa                    
Penolong Pendaftar,
Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
     
Tuan/Puan/Cik,

MEMOHON MESIN FAX

Merujuk perkara di atas, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memohon mesin fax baru untuk bilik PMUKM. Mesin fax yang sedia ada telah rosak dan tidak dapat digunakan.

2.     Inisiatif ini diambil untuk memudahkan urusan PMUKM di kampus KL. Ini bakal melancarkan urusan makluman dan informasi terkini berkaitan polisi terkini pengurusan dan pentadbiran UKM kepada mahasiswa terutama yang berkaitan dengan kebajikan dan kemudahan di kolej dan fakulti.


3.   Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan/puan/cik dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan pemohonan ini, dan segala kerjasama pihak tuan/puan/cik kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

      Yang menjalankan tugas,


      ................................................................
MOHD FARID BIN MOHD TAUFIK(017-2065694),
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


s/k              Fail PMUKM KL

No comments:

Post a Comment